Friday 13 May 2011

Kelab Doktor Muda SK Luyang, Kota Kinabalu

Kelab Doktor Muda Terus Maju....

Terima Kasih atas sokongan PK Kokurikulum En Hermes E. Amir atas sokongan dari segi kewangan maupun sokongan moral..
Setelah genap setahun diwujudkan,  KDM SK Luyang mula melibatkan diri dalam aktiviti luar yang dianjurkan oleh kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran. Antara aktiviti yang telah diikuti pada tahun lepas  jemputan konvensyen peringkat negeri sabah di Beaufort, penyertaan dalam pertandingan bersajak anti dadah di SK Kelombong
(Juara) dan jemputan pameran KDM.
Sekali lagi pada tahun ini, KDM SK Luyang mula menonjolkan diri dalam aktiviti luar iaitu Konvensyen Peringkat Negeri sabah di mana dua murid KDM SK Luyang telah   mewakili Daerah Kota Kinabalu ke Peringkat Negeri dalam pertandingan Kuiz Kesihatan yang mana telah mendapat keputusan  terbaik  bertulis dan Naib Johan peringkat Negeri Sabah.Tahniah KDM SK LUyang. Antara kenangan  yang telah sempat dirakam kami kongsikan bersama warga SK Luyang pada hari ini. Semoga KDM akan terus Maju dan akan sentiasa mengharumkan nama sekolah.